Mengingati nada dan ombak Bahasa Malaysia. Mengingati bahasa yang mengahwini diriku kepada negara tanah air. Mengingati kata-kata yang dahulu menjadi akar dan punca tekanan jiwaku. Tapi sekarang menjadi melodi harapan yang membawaku kembali kepada wawasan yang tertanam dalam diriku untuk menjadi agen pembangunan. Ya, negaraku sudah jatuh, sudah kalah, sudah gagal.Kita tidak perlu menafikan bahawa harapan yang dilahirkan semasa zaman kemerdekaan sudah terlepas dari genggaman. Tapi aku masih percaya bahawa benih-benih harapan itu masih ada. Kita boleh menanamnya semula. Ya, hatiku berdebar mendengar nada dan ombak Bahasa Malaysia. Ku lihat generasi yang lemah dan letih tapi ada benih-benih harapan di tangan. Ku masih percaya. Ku pasti ada orang lain yang masih percaya.
Mari kita bina Malaysia.
No comments:
Post a Comment